PROGRAM TA'AWUN

Al-Yaqeen Resources  menganjurkan Program Ta’awun untuk  membantu para

Muslimin dan Muslimat yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan umrah dengan kaedah Ta’awun yang di rangka dan di ilhamkan oleh pihak Al-Yaqeen Resources. Pengertian Ta’awun dalam Al-Quran ialah : -

  Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa ” 

 (Surah Al-Maaidah ayat 2 )

 

Konsep

 

  • Bekerjasama dalam bidang yang membawa kebaikan sama ada dalam urusan jual beli,sewa menyewa dan memberi perkhidmatan.
  • Bekerjasama menjauhi perkara-perkara yang membawa keburukan & kebinasaan;

Matlamat / Keutamaan

  • Menwujudkan masyarakat yang aman & sejahtera
  • memudahkan manusia menikmati segala kurniaan Allah
  • Memastikan Kegiatan Ekonomi Diberkati Allah
  • Memperkemas & memperlancarkan urusan kehidupan manusia seharian
  • Mempereratkan hubungan Silaturrahim dan Persaudaraan antara individu dan masyarakat
  • Menghindar Diri Daripada Kezaliman & Penindasan
  •  

Ciri – Ciri

 

  • Tidak membebankan mana-mana pihak.
  • Adil kepaa semua pihak
  • Memanfaatkan kepada kedua-dua pihak
  • Redha antara kedua-dua belah pihak
  • Tidak berlaku penipuan atau kurang timbangan.
  • Mempunyai Keyakinan dengan barangan dan perkhidmatan yang diberi.

Objketif Program Ta’awun

 

  • Membantu Muslimin dan Muslimat yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan Umrah
  • Memberi peluang kepada Muslimin dan Muslimat yang berkemampuan untuk membantu kepada yang tidak berkemampuan untuk mereka mengerjakan Umrah.
  • Memberi peluang kepada Individu-Individu tertentu yang ingin membuat amal jariah melalui program ini.
  • Dengan kehadiran peserta di dalam program ini, secara tidak langsung masjid sentiasa dipenuhi oleh Muslimin dan Muslimat.

Visi

  • Program ini bertujuan membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan Umrah.

 

Misi  

  • Penganjur beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan berkuliti melalui kursus ilmiah dan berharap dapat memberi ilmu kepada peserta yang mengikuti program ini.
Make a Free Website with Yola.